Lelaki lemas terjatuh dari bot

Mayat mangsa dibawa menaiki bot dan diserahkan kepada pihak polis.
Mayat mangsa dibawa menaiki bot dan diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot di muara sungai Tanjung Che Mas dipercayai akibat diserang sawan hari ini.

Mayat Baharom Jaafar, 26, dari Kampung Tanjung Che Mas di sini ditemui jam 7.27 malam kira-kira 900 meter dari lokasinya terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.57 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Pencarian dibuat dengan kaedah pemantauan di permukaan air tempat mangsa terjatuh dan diperluaskan sehingga satu kilometer.

"Mangsa dijumpai terapung pada jarak 900 meter dari lokasinya terjatuh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tumpat.

Artikel Berkaitan: