Lori treler muatan alkohol terbakar

Tong dipercayai mengandungi alkohol berterabur di atas jalan di susur keluar Johor Premium Outlet, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, di sini petang tadi.
Tong dipercayai mengandungi alkohol berterabur di atas jalan di susur keluar Johor Premium Outlet, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, di sini petang tadi.
A
A
A

KULAI - Sebuah lori treler dengan muatan 120 tong bahan dipercayai alkohol terbakar di susur keluar Johor Premium Outlet, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 petang.

Menurutnya, operasi menyelamat dan memadamkan api telah melibatkan seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai dengan bantuan tiga jentera.

“Bomba difahamkan lori ini membawa bahan Isopropyl Alcohol iaitu agen pembersih yang bertindak sebagai antiseptik. Ketika tiba di lokasi kejadian lori ini sudah terbakar dan api sedang marak.

“Punca dan anggaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, kerja-kerja pemadaman api berlansung kira-kira setengah jam sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.45 malam.

Kejadian terbabit juga bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan orang awam.

Artikel Berkaitan: