Samun pakai apron merah jambu

Suspek berapron merah jambu semasa melakukan samun di Telok Kemang Sabtu lalu. - Foto PDRM
Suspek berapron merah jambu semasa melakukan samun di Telok Kemang Sabtu lalu. - Foto PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Polis sedang memburu seorang lelaki yang memakai apron merah jambu, bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun yang berlaku di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Telok Kemang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pihaknya menerima maklumat daripada mangsa yang menghubungi pihak polis memaklumkan kedainya disamun.

Katanya, semasa kejadian, suspek berusia dalam lingkungan 30 ke 35 tahun itu, memakai baju lengan panjang berwarna biru dan mengunakan apron masakan berwarna merah jambu, bertopi kelabu dan berseluar jeans.

“Pada jam 5.04 pagi kita menerima panggilan kecemasan melalui Mers 999 daripada orang awam, memaklumkan telah disamun dua lelaki yang tidak dikenali dengan bersenjatakan pisau.

“Siasatan ditempat kejadian dapati suspek masuk ke kedai itu, manakala seorang lagi suspek dipercayai rakannya, menunggu di dalam kenderaan jenis Proton Saga FLX warna biru, namun nombor pendaftaran tidak pasti.

“Suspek bersenjatakan pisau telah mengambil wang tunai RM1,500 di dalam peti tunai di bahagian kaunter dan terus melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, usaha mengesan suspek terlibat kini giat dilakukan.

Kes disiasat di bawah Sek 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: