Kantoi panjat bumbung, umpil pagar besi

Suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.
A
A
A

BANGI - Tindakan seorang lelaki mengumpil pagar besi dan memanjat bumbung dipercayai untuk memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, gagal apabila perbuatan jenayah itu disedari orang awam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sekitar jam 8 pagi tadi, pihaknya menerima laporan daripada penduduk di kawasan terbabit yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Maklumat awal yang diterima, penduduk ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang mengumpil pagar besi dan memanjat bumbung rumah berkenaan.

“Polis tiba di lokasi kejadian berjaya menahan suspek yang sedang bersembunyi di sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya hari ini.

Gambar seorang lelaki dilihat memanjat bumbung rumah penduduk di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi tular di laman sosial Facebook.
Gambar seorang lelaki dilihat memanjat bumbung rumah penduduk di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi tular di laman sosial Facebook.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaan terhadap lelaki berusia 41 tahun itu didapati suspek mempunyai 11 rekod lampau dengan enam daripadanya berkaitan dadah, manakala lima lagi kes pecah rumah.

“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis heroin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Gambar suspek di atas bumbung juga tular di media sosial.