Jadikan surau, masjid tempat lepak golongan muda

Mohd Fazil (tengah) menyampaikan hamper kepada anak penduduk di Surau An Nur, semalam.
Mohd Fazil (tengah) menyampaikan hamper kepada anak penduduk di Surau An Nur, semalam.
A
A
A

KUALA NERUS - Pengurusan surau dan masjid di negeri ini perlu lebih kreatif dalam usaha untuk menarik minat golongan anak muda bagi mendampingi institusi berkenaan.

Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, ahli jawatankuasanya perlu mewujudkan suasana mesra yang mampu menjadikan masjid dan surau tempat lepak golongan muda.

"Kita perlu sediakan pelbagai bahan atau aktiviti menarik sebagai tanda keramahan kita kepada golongan ini untuk mendekati masjid dan surau.

"Antara contohnya ialah dengan mengadakan pelbagai bentuk pertandingan seperti memancing, futsal, bola jaring dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian di Surau An Nur dalam satu majlis anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang, di sini semalam.

Hadir sama, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Muda Abdullah.

Mohd Fazil berkata, kepelbagaian aktiviti yang menjurus kepada minat golongan muda itu akan dapat menjentik kemesraan kepada mereka sekali gus dapat menarik mereka mendampingi surau dan masjid.

Artikel Berkaitan: