40 cedera di sempadan Gaza

Penduduk Palestin berkumpul di sempadan Gaza-Israel bagi membantah penindasan rejim Zionis.
Penduduk Palestin berkumpul di sempadan Gaza-Israel bagi membantah penindasan rejim Zionis.
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel menggunakan kekerasan melampau ketika menyuraikan penduduk Palestin yang menyertai protes mingguan di sempadan Gaza semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, kira-kira 40 penduduk Palestin cedera selepas terhidu gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan tentera Zionis.

Tentera Israel turut melepaskan tembakan peluru hidup bagi menakut-nakutkan penunjuk perasaan.

Protes mingguan itu tercetus sejak 30 Mac tahun lalu sebagai membantah kepungan 12 tahun Zionis ke atas wilayah Gaza serta menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman yang dirampas pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan: