Pelakon Ridzuan Hashim sertai Bersatu

Khalid memaklumkan penyertaan Ridzuan yang menyertai Bersatu di status Facebook beliau, semalam.
Khalid memaklumkan penyertaan Ridzuan yang menyertai Bersatu di status Facebook beliau, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon Ridzuan Hashim dilaporkan menyertai Bersatu Bahagian Shah Alam.

Ridzuan yang terkenal dengan watak 'King' menerusi filem KL Gangster menyerahkan borang keahliannya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Perkara itu dimaklumkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam status di Facebook beliau tengah malam tadi.

Majlis turut dihadiri Senator Dr Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dan ADUN Dengkil, Adhif Shan Abdullah.

"Terima kasih Bersatu Bahagian Shah Alam di atas undangan," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

Artikel Berkaitan: