Red E'girl ke pentas akhir PTSR tiga kali berturut-turut

Kedah berjaya bangkit sebelum menewaskan Selangor 3-1. - Foto Khairil A Jaafar
Kedah berjaya bangkit sebelum menewaskan Selangor 3-1. - Foto Khairil A Jaafar
A
A
A

PENYANDANG juara Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR), Kedah mara ke pentas akhir kejohanan tersebut buat tiga kali berturut-turut apabila menewaskan Selangor 3-1 di Stadium MMU, Cyberjaya pada pagi tadi.

Juara edisi 2018 itu terlebih dahulu ketinggalan 0-1 kepada lawan pada minit ke-17 menerusi Noor Hartini Jasni namun Kedah bangkit menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Usliza Usman dua minit kemudian.

Red E'girl terus menggandakan asakan dan berjaya berada di hadapan 2-1 menerusi Malini Nordin pada minit ke-58.

Skuad kendalian Zulkifli Jaafar ini berjaya memastikan kemenangan milik mereka apabila penyerang sensasi, Nurul Izzati Zainol meledakkan gol ketiga pada minit ke-68 untuk kedudukan 3-1 bagi memastikan Red E'girl mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut pada 14 Julai ini di Stadium UiTM, Shah Alam.

Bagi penentuan kejuaraan PTSR 2019, Kedah kini menanti pemenang di antara satu lagi perlawanan separuh akhir pada petang ini membabitkan Melaka dan PDRM juga di Stadium MMU, Cyberjaya.

Pada 2017, Red e'girl berjaya mara ke pentas akhir PTSR namun tewas kepada Sarawak dengan jaringan 1-0 namun mereka menebus kekecewaan tersebut dengan menewaskan Melaka 2-0 pada pentas final musim 2018.

Artikel Berkaitan: