UMNO ada strategi jika dibubarkan

Mohamad bersama ahli UMNO bahagian Jerai bergambar kenangan di Dewan Command Centre hari ini.
Mohamad bersama ahli UMNO bahagian Jerai bergambar kenangan di Dewan Command Centre hari ini.
A
A
A

GURUN - UMNO tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti politik baharu atau menyertai parti politik sedia ada sekiranya parti terbesar masyarakat Melayu itu dibubarkan.

Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu antara langkah yang dipertimbangkan pihaknya sekiranya situasi itu menjadi kenyataan.

Katanya, sekiranya kerajaan membubarkan UMNO, ahli tidak perlu gentar kerana kepimpinan atasan sudahpun mempunyai strategi tertentu.

"Kita ada banyak 'option' yang boleh kita ambil sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.

"Cuma kita minta ahli parti untuk lebih fokus kepada parti, dengan memikirkan cara untuk memperkasakan parti dengan lebih hebat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Jerai di Dewan Command Centre hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut mengulas berkaitan usul Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Katanya, beliau bersetuju sekiranya pindaan RUU itu dimasukkan bersekali dengan pendaftaran pengundi yang berumur 18 tahun secara automatik.

Artikel Berkaitan: