Kedatangan Tok Mat suntik semangat UMNO Jerai

Mohamad bersalaman dengan ahli UMNO Jerai sejurus tiba di dewan Command Centre Jerai hari ini.
Mohamad bersalaman dengan ahli UMNO Jerai sejurus tiba di dewan Command Centre Jerai hari ini.
A
A
A

GURUN - Kedatangan Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai memberikan suntikan semangat baharu kepada ahli.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, UMNO Jerai berikrar untuk memberikan keyakinan penuh kepada ahli majlis tertinggi kepimpinan UMNO Malaysia.

"Ini adalah kali kedua sidang perwakilan diadakan di lokasi yang sederhana namun masih lagi meriah dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan.

"Saya yakin kemeriahan sambutan mesyuarat perwakilan pada kali ini menunjukkan akar umbi UMNO Jerai masih bertahan dan insya-ALLAH akan terus bertahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerai di Dewan Command Centre Jerai di sini hari ini.

Menurutnya, kedatangan rakan dari Pas menunjukkan semangat kerjasama yang sangat tinggi.

"Saya berasa bangga dengan kerjasama ini dan ini menunjukkan kita adalah pembangkang yang mempunyai nilai yang sangat tinggi.

"Diharapkan hubungan baik ini dapat diteruskan bagi memastikan usaha untuk memenangi PRU15 berjalan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan: