Jenazah kanak-kanak bas berlubang selamat dikebumikan

Jenazah Wan Muhammed Adam Mohd dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka tadi.
Jenazah Wan Muhammed Adam Mohd dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka tadi.
A
A
A

MACHANG - Jenazah murid tahun enam yang maut dalam kejadian lantai bas berlubang di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh - Machang - Grik di Kandis, Pasir Puteh pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka di sini.

Allahyarham Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, dikebumikan jam 10.10 malam ini selepas solat jenazah di rumah keluarganya di Kampung Kok Kiak.

Lebih penduduk 100 penduduk, ibunya, Nik Hasmani Mohamad, 44, serta keluarga mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Pengarah Pendidikan Kelantan, Abu Hanifah@Fauzi Zahari dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Machang, Arazmi Seman.

Terdahulu, Allahyarham yang dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat tiba di kediaman keluarga kira-kira jam 6 petang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Wan Muhammed Adam maut digilis selepas terjatuh dari bas apabila lantai kenderaan dinaikinya itu berlubang dalam kejadian 12.50 tengah hari di Kampung Kandis di sini hari ini.

Murid darjah enam itu dikatakan bersama rombongan Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Wan Muhammed Adam dan beberapa rakan berdiri di bahagian hadapan bas berdekatan tangga sebelum lantai bas itu 'jerlus' secara tiba-tiba dan terjatuh ke atas jalan raya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Murid tahun enam maut lantai bas berlubang

JPN akan kumpul maklumat kes bas belubang

Bas terlalu uzur, lantai reput: PDRM

Bas berlubang: Hilang anak lelaki tunggal sekelip mata