Bapa rayu bantuan RM119,000 pemindahan hati anak

Muhamad Ariff Irfan dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia 61 hari dan menjalani pembedahan pertama ketika berusia 69 hari.
Muhamad Ariff Irfan dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia 61 hari dan menjalani pembedahan pertama ketika berusia 69 hari.
A
A
A

KUALA KRAI - Bayi lelaki berusia setahun dua bulan dari Jelawang, Dabong yang menghidap penyakit kegagalan hati atau Biliary Atresia memerlukan sumbangan berjumlah RM119,000 untuk menjalani pemindahan hati.

Muhamad Ariff Irfan dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia 61 hari dan menjalani pembedahan pertama ketika berusia 69 hari.

Abdullah Yaakub,37, berkata, anaknya perlu menjalani pembedahan menerima hati isterinya, Zahalini Alias,39, pada 14 Julai ini di India.

Menurutnya, doktor memaklumkan anaknya perlu dibedah segera memandangkan keadaannya makin serius.

"Bagaimanapun jumlah wang terkumpul ketika ini masih jauh dari mencukupi.

"Jadi kami merayu sumbangan orang ramai untuk membolehkan wang berjumlah RM160,000 dapat dikumpul sebelum 14 Julai ini seterusnya anak dapat menjalani pembedahan pada tarikh ditetapkan," katanya.

Abdullah (kiri) menerima sumbangan daripada Ku Mohd Zaki di kediaman keluarganya di Jelawang, Dabong, hari ini.
Abdullah (kiri) menerima sumbangan daripada Ku Mohd Zaki di kediaman keluarganya di Jelawang, Dabong, hari ini.

Katanya, lebih menyedihkan proses pencernaan anaknya turut terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami amat berharap sumbangan orang ramai untuk mencukupkan jumlah rawatan RM160,000 sebelum 14 Julai ini," katanya.

Derita bayi ini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin yang menziarah serta menghulurkan sumbangan.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Abdullah Yaakub, 1550 4164 0357.