Bayi antara mangsa nahas dua bas, satu kereta

Bayi berusia sebulan antara empat mangsa kemalangan melibatkan dua buah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Timur Barat, Jeli pada Selasa.
Bayi berusia sebulan antara empat mangsa kemalangan melibatkan dua buah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Timur Barat, Jeli pada Selasa.
A
A
A

JELI - Bayi berusia sebulan antara empat mangsa kemalangan melibatkan dua bas ekspres dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Timur Barat di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kejadian jam 3 petang itu tidak mencederakan mangsa, Nur Aurora Medina Mohamad Amirulizman dan kakaknya, Nur Adelia Malaiqa, 3.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit iaitu Mohamad Amirulizman Suhaimi, 29, tidak mengalami kecederaan kecuali sakit di bahagian badan sementara Ain Zulaikha Raja Ismail, 29, patah tulang pinggul.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua buah bas ekspres tersebut datang dari arah Grik, Perak menghala ke Jeli secara berturut.

“Apabila sampai di lokasi kejadian kereta yang dipandu lelaki berkenaan dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, disebabkan itu kereta terbabit melanggar sisi kanan bas ekspres pertama dan kemudian dilanggar oleh bas kedua di bahagian hadapan sebelah kanan.

Ujarnya, kesemua penumpang kedua-dua bas tidak mengalami kecederaan.