Dua tekong, lapan awak-awak Indonesia ditahan

Antara suspek yang ditahan APMM Selangor dalam operasi yang dilakukan di perairan Tanjong Karang pagi tadi.
Antara suspek yang ditahan APMM Selangor dalam operasi yang dilakukan di perairan Tanjong Karang pagi tadi.
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan dua bot nelayan kelas C di perairan Tanjong Karang sekitar jam 7.30 pagi tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya berjaya mengesan dan menahan bot terbabit yang disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menunda pukat bawah 15 batu nautika dari persisiran pantai.

Beliau berkata, menerusi pemeriksaan lanjut ke atas dua bot berkenaan, pihaknya mendapati dua tekong bot dan lapan orang awak-awak warganegara Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka ditahan bersama hasil tangkapan ikan baja dianggarkan seberat 230kg dan ikan campur seberat 370kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua bot berkenaan turut dikesan tidak mempunyai kebenaran menggaji pekerja asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Tambahnya, semua individu yang ditahan turut dibawa ke Jeti Pulau Indah bagi siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: