JPJ Pahang lelong kereta mewah

Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan salah sebuah kereta klon yang akan dilelong.
Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan salah sebuah kereta klon yang akan dilelong.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 35 buah kenderaan sita dan klon termasuk yang berjenama mewah bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Lelongan awam siri 1 2019 yang julung kalinya diadakan membabitkan kenderaan klon berkenaan akan dilakukan pada 8 Ogos 2019 bertempat di Dewan Serbaguna JPJ Pahang.

Pengarah JPJ Pahang, Mohamad Abdullah berkata, lelongan awam melibatkan kenderaan sita dilakukan setiap tahun tetapi kali ini berbeza kerana kali pertama kenderaan klon dilelong.

"Sebanyak 35 buah kenderaan iaitu 15 kereta sita dan 20 kereta klon akan dilelong.

"Lelongan bukan sahaja di JPJ Kuantan tetapi beberapa lagi Pejabat JPJ di negeri ini.

"Pelbagai kereta berjenama bakal dilelong termasuk Mercedes Benz, Honda Jazz, Toyota Wish, BMW 320i E90, Mitsubishi Grandis dan banyak lagi, " katanya ketika sambutan Aidilfitri di pejabat JPJ Pahang, hari ini.

Mohamad menunjukkan sebuah kereta klon berjenama Marcedes benz yang didaftarkan dengan nombor plat terbaharu di Pahang.
Mohamad menunjukkan sebuah kereta klon berjenama Marcedes benz yang didaftarkan dengan nombor plat terbaharu di Pahang.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku lelong yang mula dijual 17 Julai hingga 6 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

"Buku mengenai Lelongan ini boleh dibeli dengan harga RM50 di bahagian Kewangan JPJ Pahang.

"Semua mengenai barang lelongan, jenis kenderaan, harga dan info lengkap lain ada di dalamnya.

"Buku tersebut perlu dibeli dan selepas itu mereka boleh datang melihat kenderaan pada 5 dan 6 Ogos 2019," katanya.

Kata beliau, kenderaan yang dilelong masih berada dalam keadaan baik dan selebihnya item boleh dibeli daripada kenderaan yang diisytihar dilupuskan.

"Bagi yang ingin membeli kenderaan 'scrap' perlu memiliki lesen membeli barang lupus dan biasanya dimiliki mekanik.

"Kenderaan klon adalah kenderaan yang tidak berdaftar dan tiada perlindungan insurans.

"Lagi menarik semua kenderaan yang dilelong didaftar dengan nombor plat terkini di negeri ini," katanya.