DNA sah milik Muhammad Aiman Hakim

Lokasi penemuan rangka mangsa. (Gambar kecil: Muhammad Aiman)
Lokasi penemuan rangka mangsa. (Gambar kecil: Muhammad Aiman)
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan rangka yang ditemui dalam tangki air di Felda Palong 12, Jempol, Mac lalu milik penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, keputusan berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat terhadap rangka berkenaan.

"Manakala sebuah motosikal yang ditemui di kawasan berhampiran tangki juga disahkan milik mangsa.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan rangka mangsa akan diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya, hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan satu rangka manusia ditemui terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di sini, pada 25 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati, rangka terbabit milik lelaki berasal dari Desa Keratong, Pahang berdasarkan dompet dan kad pengenalan di dalam seluar dijumpai bersama rangka terbabit.

Muhammad Aiman Hakim hilang 9 Julai tahun lalu sebelum bapanya membuat laporan keesokan hari.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Jumpa mayat lelaki dalam tangki air

Polis kenal pasti mayat dalam tangki air