Jumpa mayat lelaki dalam tangki air

Pasukan bomba mengeluarkan mayat dalam tangki air di Palong 12, Jempol tadi.
Pasukan bomba mengeluarkan mayat dalam tangki air di Palong 12, Jempol tadi.
A
A
A

JEMPOL - Mayat seorang lelaki di temui dalam tangki air di Felda Palong 12, di sini tadi.

Difahamkan, mayat mangsa berusia awal 20-an itu disedari pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang mahu memeriksa paras air di loji itu.

Menurut sumber, pihak SAINS kemudiannya terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Kerja-kerja mengeluarkan mayat tersebut dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Jempol kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

No Image Caption

Kerja penyelamat itu sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air di Palong 12.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata pihaknya telah melakukan kerja penutupan tangki air tersebut sebaik sahaja mengetahui mengenai penemuan mayat dalam tangki milik SAINS itu.

Katanya, kolam SAINS adalah kawasan larangan dan sedia maklum ia berkunci.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.

"Pembersihan dilakukan termasuk membuang semua air dalam tangki tersebut dan mengantikan dengan air yang baru," katanya.

Katanya, Kolam Palong 12 mempunyai kapasiti sebanyak 800,000 gelen dan dijangka bekalan air akan dipulihkan sehingga jam 8 pagi 26 Mac ini.