Dua paus dibunuh selepas 30 tahun pemburuan komersial diharamkan

Ikan paus jenis minke yang dibawa ke pelabuhan Kushiro, Hokkaido pada Isnin.
Ikan paus jenis minke yang dibawa ke pelabuhan Kushiro, Hokkaido pada Isnin.
A
A
A

KUSHIRO - Dua ekor paus dibunuh dan dibawa pulang ke pelabuhan pada hari pertama aktiviti pemburuan paus secara komersial selepas 30 tahun kerajaan Jepun mengenakan larangan ke atas aktiviti tersebut.

Kedua-dua ikan paus jenis minke itu dibawa pulang nelayan Jepun ke pelabuhan untuk ditimbang dan dilapah.

Lima buah kapal berlepas dari pelabuhan Kushiro sebuah bandar pelabuhan di Hokkaido yang turut disertai beberapa kapal lain dari pelabuhan Shimonoseki di sebelah selatan bagi menghabiskan musim panas dengan memburu paus jenis minke dan baird.

Aktiviti pemburuan dijalankan di perairan wilayah dan zon ekonomi Jepun walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Ikan paus jenis minke yang dibawa ke pelabuhan Kushiro, Hokkaido pada Isnin.
Ikan paus jenis minke yang dibawa ke pelabuhan Kushiro, Hokkaido pada Isnin.

Jepun pada Disember lalu mengumumkan untuk keluar daripada Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC) bagi meneruskan kembali tradisi memburu paus yang turut mendapat sokongan pemain industri dan Perdana Menteri, Abe Shinzo.

Pemburuan paus secara komersial telah diharamkan IWC pada tahun 1986 yang turut disertai Jepun.

Dalam pada itu, Agensi Perikanan Jepun pada Isnin lalu menyatakan pihaknya mengenakan kuota pemburuan ikan paus yang boleh ditangkap nelayan.

Artikel Berkaitan:

Aktiviti pemburuan secara komersial selama enam bulan iaitu dari 1 Julai hingga 31 Disember tangkapan yang dibenarkan ialah 227 ekor paus (52 paus minke, 150 paus dryde dan 25 paus sei). - Agensi