Cadang muka baharu terajui UMNO Selangor

Noh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Tanjong Karang di Surau Institut Pengurusan Peladang Sungai Kajang di sini.
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Tanjong Karang di Surau Institut Pengurusan Peladang Sungai Kajang di sini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Lantikan pengerusi UMNO Selangor dicadangkan dipilih dalam kalangan muka baharu yang mampu membawa pendekatan lebih segar dan diterima rakyat di negeri ini.

Bekas Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pelantikan dalam kalangan muka baharu itu penting bagi membawa perubahan lebih baik seterusnya merampas semula Selangor pada PRU15.

Katanya, bagaimanapun keputusan mengisi kekosongan jawatan itu diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melantik mana-mana pemimpin yang layak menggalas tugas berkenaan.

"Mungkin pimpinan tertinggi sedang mencari siapakah muka baharu yang sesuai dilantik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Tanjong Karang di Surau Institut Pengurusan Peladang Sungai Kajang, di sini malam tadi.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, beliau berpegang pada pendirian tidak memegang jawatan itu berikutan kegagalan parti itu merampas negeri ini pada PRU14 lalu.

"Saya dah cuba yang terbaik tetapi gagal. Bila dah gagal, tak patut saya ambil semula jawatan ini.

"Berilah pemimpin lain yang ada pendekatan lebih baik untuk kembali memantapkan semula UMNO negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah, katanya kebanyakan negeri melantik muka baharu menerajui kepimpinan UMNO negeri.

"Saya sebagai orang lama dan wakil rakyat akan memberikan kerjasama dan sokongan kepada pengerusi perhubungan yang dilantik," katanya.