Cuba apa sahaja bidang: Shiha Zikir

Komedi menjadi pengalaman baharu buat penyanyi Shiha Zikir.
Komedi menjadi pengalaman baharu buat penyanyi Shiha Zikir.
A
A
A

BIDANG komedi menjadi pengalaman baharu buat penyanyi Shiha Zikir apabila melibatkan diri dalam program Muzikal Lawak Superstar.

Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali Shiha Zikir, menyambut baik peluang yang datang dan menganggap ia sebagai rezeki.

“Sebelum ini saya selalu muncul di TV3 sahaja dan bila dapat tawaran daripada Astro, saya sanggup berikan komitmen 100 peratus kerana ia adalah satu rezeki dan tak pernah lagi bekerjasama dengan mereka.

“Lagipun, jadual kerja tidak ada yang terganggu ataupun bertindih dengan program muzikal setiap hari Jumaat. Lazimnya, pada hujung minggu saya ada undangan persembahan pentas ataupun show di majlis korporat.

“Jadi, saya akan cuba apa sahaja bidang yang berkaitan dengan nyanyian kerana percaya itulah kelebihan yang saya ada,” ujarnya teruja.

Penglibatan Shiha pada program komedi terbaharu Astro itu, Shiha bersama kumpulannya, Sharif Zero dan Chiwan Chilok sebagai Voices bertanding bersama 13 kumpulan lain bermula 28 Jun 2019 dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Shiha Zikir
Shiha Zikir

Shiha yang ditemui pada sidang media di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini turut berterima kasih kepada Sharif dan Chiwan kerana memilihnya sebagai ahli.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Sharif dalam program Bintang Bersama Bintang tetapi sebagai undangan sahaja malah rasa berdebar itu pun tak seberapa sangat, idea pun senang sahaja rasanya nak curahkan.

“Selain Sharif saya mahu juga menimba ilmu komedi daripada Chiwan. Oleh itu, saya berterima kasih kepada Voices kerana memilih saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Sharif dan Chiwan pula sebulat suara tidak menafikan Shiha mempunyai tambah nilai yang menarik untuk dijadikan ahli kumpulan mereka.

“Kami percaya Shiha ada sisi lain seperti melawak dengan secara spontan. Malah Sharif dan Chiwan masing-masing pernah bekerjasama dalam program lawak di TV3.

“Selain kami yang mempunyai peminat kelompok tersendiri, adanya peminat Shiha dari Indonesia, Singapura, China dan Thailand juga menjadi tambah nilai untuk mengundi kumpulan kami,” kata Sharif dan Chiwan.