Sultan Johor berkenan biayai kos perubatan pesakit kanser tulang

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Abdul Azim dan turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya, hari ini. - FOTO FACEBOOK THE ROYAL JOHOR

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membiayai kos perubatan seorang remaja lelaki yang disahkan menghidap kanser tulang sejak tahun lalu.

Beban kewangan dihadapi keluarga bagi menanggung kos perubatan remaja terbabit, Abdul Azim Mohd Rohazar, 14, yang menetap di Perumahan Awam Bukit Siput, Segamat mendapat perhatian Sultan Johor.

Memetik posting Facebook The Royal Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Abdul Azim dan turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya, hari ini.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Abdul Azim dan turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya, hari ini.- FOTO FACEBOOK THE ROYAL JOHOR

Baginda juga menyampaikan sumbangan cek daripada Sultan Johor kepada ibu remaja itu, Junaidah Abdul Hamid bagi pembiayaan kos rawatan serta perbelanjaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka bermula minggu ini.

Hadir sama, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Dr Noor Azizah Abdul Latiff; Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan isteri, Ramlah Yaacob.

Baginda Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir sejam sebelum berangkat pulang.

Junaidah merupakan seorang suri rumah, manakala ayah Abdul Azim, Mohd Rozahar Abd Latiff pula bekerja sebagai pemandu lori dan pasangan itu turut mempunyai tiga lagi cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

Abdul Azim pelajar Tingkatan 2 SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat dan tidak dapat hadir ke sekolah sejak Januari lalu atas nasihat doktor.