Ketua Polis Negara janji bawa pulang Jho Low

Abdul Hamid - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Hamid - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hamid Bador yakin dapat membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho ke Malaysia untuk diadili bagi memenuhi salah satu janjinya sewaktu menerima jawatan Ketua Polis Negara.

"Kita yakin akan dapat bawa dia (Jho Low) pulang ke Malaysia. Kerjasama dengan pihak luar juga baik dan saya sedang berurusan dengan mereka.

"Ini melibatkan beberapa undang-undang antarabangsa. Jadi, saya yakin dapat bawa balik Jho Low dan beberapa individu yang dicari. Itu salah satu janji saya ketika terima jawatan sebagai Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Bukit Aman, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Terdahulu, Abdul Hamid memberitahu, sebelum ini beliau ada mengeluarkan kenyataan media mengatakan kes itu akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya kekal dengan kenyataan itu, saya akan berusaha untuk bawa mereka ke muka pengadilan.

"Kes itu sudah empat tahun dan saya baru sebulan lebih menjadi Ketua Polis Negara. Bila saya kata dalam masa terdekat, maknanya ada jangka masa tertentu yang dimaksudkan dengan masa terdekat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low dibawa balik dalam masa terdekat

Pada 22 Mei lalu, Abdul Hamid ketika berkata kepada media, polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang terlibat dengan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai petunjuk tersebut.

"Insya-ALLAH kita akan bawa balik Jho Low tidak lama lagi," katanya.