Mayat dalam kereta: Tiga warga Myanmar diburu

Mayat lelaki warga Bangladesh ditemui maut dengan kesan kelar di leher dalam sebuah kereta, berhampiran perkampungan orang asli, Pos Hendrop, Jalan Gua Musang-Lojing, semalam. Gambar kecil: Mohd Taufik Maidin
Mayat lelaki warga Bangladesh ditemui maut dengan kesan kelar di leher dalam sebuah kereta, berhampiran perkampungan orang asli, Pos Hendrop, Jalan Gua Musang-Lojing, semalam. Gambar kecil: Mohd Taufik Maidin
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut dengan kesan kelar di leher dalam sebuah kereta, berhampiran perkampungan orang asli, Pos Hendrop, Jalan Gua Musang-Lojing, semalam.

Mangsa, Md Momrag Khan, 39, beralamat di Tanjung Karang, Selangor, ditemui orang awam dalam kereta jenis Proton Gen2, di bahagian tempat duduk penumpang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 1.15 tengahari.

Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan kesan berlumuran darah di dalam kereta.

"Kesan luka leher mangsa lebih kurang 4cm dan mangsa maut dipercayai akibat pendarahan berlebihan kesan luka tersebut.

"Terdapat dompet dalam poket seluar yang dipakai mangsa yang mengesahkan butiran diri. Kedudukan kereta menghala ke arah Gua Musang dalam keadaan serong dan menghalang lalu lintas.

"Sebilah pisau berulu kayu warna coklat panjang lebih kurang 23cm telah dijumpai namun tiada saksi setakat ini bagi membantu siasatan kes," katanya.

Tambah Mohd Taufik, tindakan mengesan saspek dilakukan dengan membuat pemeriksaan di sekitar tempat kejadian dengan bantuan Unit Pengesan (K9), anggota detektif D9 JSJ IPK dan anggota detektif IPD Gua Musang.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih memburu tiga lelaki warganegara Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes ini.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut dalam kereta