Datuk Bandar Kyoto 'nasihatkan' Kim Kardashian

Kandungan surat terbuka itu turut dimuat naik dalam laman rasmi bandar Kyoto.
Kandungan surat terbuka itu turut dimuat naik dalam laman rasmi bandar Kyoto.
A
A
A

TOKYO - Seorang Datuk Bandar di Jepun menggesa bintang realiti TV, Kim Kardashian mempertimbangkan semula nama pakaian dalam 'body shaper' atau pembentuk tubuh kontroversi yang dinamakan sebagai ‘kimono’.

Kardashian dilaporkan cuba menamakan jenama tersebut sehingga mencetuskan bantahan banyak pihak yang mendakwa dia tidak menghormati tradisi dan sejarah Jepun.

Menerusi surat terbuka dihantar kepada Kardashian, Datuk Bandar Kyoto, Daisaku Kadokawa memaklumkan kimono melambangkan keindahan, semangat dan nilai Jepun.

Jelas beliau, kimono adalah pakaian yang popular di Kyoto dan turut dipakai pelancong dan penduduk tempatan, sekali gus membuktikan ia disukai orang dari seluruh dunia dan tidak wajar dimonopoli.

Surat yang turut diterbitkan dalam laman rasmi bandar Kyoto juga menjemput Kardashian berkunjung ke bandar terbabit yang mengetengahkan budaya pemakaian kimono selain memahami keunikan pakaian tradisional tersebut.

Tindakan Kadokawa itu menerima reaksi positif kebanyakan pengguna media sosial yang melancarkan bantahan menggunakan hashtag #KimOhNo sejak minggu lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: