Seorang maut hampir 100 cedera letupan gegar Kabul

Letupan itu menyasarkan bangunan kerajaan dan ibu pejabat tentera di Kabul.
Letupan itu menyasarkan bangunan kerajaan dan ibu pejabat tentera di Kabul.
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 93 termasuk 50 kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan kuat di ibu negara Afghanistan awal pagi tadi.

Letupan itu turut menghasilkan asap tebal di kawasan yang menempatkan bangunan kerajaan dan ibu pejabat tentera.

“Pada mulanya, sebuah kereta meletup dan disusuli insiden berbalas tembakan di kawasan kejiranan Puli Mahmood Khan di Kabul,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan mengesahkan lima sekolah turut musnah akibat letupan tersebut.

Susulan kejadian itu kawasan diplomatik yang terletak dalam lingkungan Zon Hijau telah ditutup dan tiada pihak dibenarkan keluar atau masuk.

Difahamkan, pejuang Taliban mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut yang berlaku dua hari selepas rundingan damai pusingan ketujuh bersama Amerika Syarikat berlangsung di Qatar. - Agensi

Artikel Berkaitan: