AirAsia mulakan penerbangan Pulau Pinang-Melaka

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) sebentar tadi membawa sebanyak 174 orang penumpang menerusi penerbangan sulungnya menghubungkan Pulau Pinang dan Melaka mulai hari ini.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) sebentar tadi membawa sebanyak 174 orang penumpang menerusi penerbangan sulungnya menghubungkan Pulau Pinang dan Melaka mulai hari ini.
A
A
A

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) menambah satu lagi laluan baharu apabila memulakan penerbangan sulung dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini, hari ini.

Penerbangan AK6284 menggunakan pesawat A320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas pada jam 1.20 petang dan tiba di LTAM di Batu Berendam pada jam 2.25 petang dengan membawa penumpang seramai 175 orang.

Ketibaan mereka disambut Ketua Menteri, Adly Zahari sambil diiringi Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Adly berkata, perkhidmatan penerbangan harian AirAsia Melaka - Pulau Pinang - Melaka, tujuh hari seminggu itu akan menyumbang lebih ramai kedatangan pelancong dan membantu mempromosikan negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia.

Menurutnya, dengan perkhidmatan terbaharu AirAsia itu, kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran 20 juta pelancong tahun ini.

"Pada suku tahun pertama 2019, kerajaan negeri telah menerima kedatangan seramai 4.79 juta orang pelancong dan pelancong domestik terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 3.4 juta berbanding 1.38 juta pelancong asing.

"Dengan perkhidmatan terbaharu AirAsia ini, kami yakin dapat mencapai sasaran 20 juta pelancong tahun ini dan sehingga Jun ini ia telah mencapai separuh daripada sasaran itu," katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Air Asia Melaka - Pulau Pinang - Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, penerbangan sulung menghubungkan antara dua Bandaraya Tapak Warisan Dunia ini diharap akan menyumbang pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk Melaka dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

"Melaka merupakan destinasi keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hub Pulau Pinang selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Kuching, Singapura, Jakarta, Surabaya, Medan, Hanoi, Ho Chi Minh, Bangkok dan Phuket," katanya.