Keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat tempatan akan diberi keutamaan sebelum sebarang kelulusan membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini.

Beliau berkata, sememangnya kerajaan mahu pelarian diberi peluang pekerjaan supaya mereka boleh menjalani kehidupan di negara ini, namun ia tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat tempatan.

“Kita mahu mereka bekerja, namun ada cara bagaimana mereka boleh bekerja di Malaysia tanpa menjejaskan peluang pekerjaan orang Malaysia.

“Dan (begitu juga) bagaimana nak tentukan mereka betul-betul pelarian (pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian - UNHCR)...dan bukannya pelarian ekonomi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: