Penganalisis lihat UMNO bakal berdepan dilema

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO bakal berdepan dengan dilema apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk meneruskan tugas sebagai Presiden parti itu semula kata penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat, Ahmad Zahid tidak seharusnya kembali sebaliknya menumpukan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

"Sewajarnya Ahmad Zahid perlu serahkan tugas kepada Datuk Seri Mohamad Hasan kerana berdasarkan beberapa Pilihan Raya Kecil telah menyaksikan penerimaan kepada beliau sangat besar," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Sivamurugan, Mohamad telah terbukti berjaya mengembalikan kewibawaan UMNO semula sebagai sebuah parti yang pernah memerintah sebelum ini.

"Tetapi berdasarkan perkembangan semasa ini telah menimbulkan keresahan dalam parti tentang hala tuju dan persoalan mengenai nasib Ahmad Zahid yang sedang berhadapan kes mahkamah.

"Timbul juga persoalan sama ada akan wujud gerakan untuk memastikan Mohamad terus menerajui UMNO," ujar beliau.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, semua pihak perlu melihat sama ada mereka ingin melihat masa parti atau memilih personaliti untuk memulihkan semula UMNO.

"Bagi saya Ahmad Zahid seharusnya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dihadapkan kepadanya terlebih dahulu dan tidak mengganggu urusan parti," ujarnya.

Artikel Berkaitan: