Hanya suara sumbang pertikai lantikan MPN

Fuziah menyampai replika baucar kepada salah seorang penerima Majlis Back To School MBS World, hari ini.
Fuziah menyampai replika baucar kepada salah seorang penerima Majlis Back To School MBS World, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Isu lantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR tidak sepatutnya timbul sekiranya ahli memahami dan menghormati Perlembagaan parti berkenaan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, ini kerana lantikan MPN negeri diputuskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua ketua cabang dan pimpinan parti itu terlebih dahulu.

“Jika faham secara jelas perlembagaan parti, sudah pasti perkara sebegini tidak akan timbul. Masalahnya, individu yang keluarkan kenyataan seolah-olah pemilihan dibuat atas faktor tertentu dan bukan kerana mendapat sokongan pucuk pimpinan dan akar umbi.

"Bagi saya, ini semua adalah suara sumbang dan ia langsung tidak menjejaskan fokus untuk menjalankan amanah yang diberikan oleh Presiden. Saya anggap ia cabaran yang perlu dihadapi dan meneruskan kerja seperti biasa kerana dalam perjuangan kita, kita buat kerja untuk rakyat dan bukannya untuk jawatan semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Back To School anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Kelab Prihatin Kuantan dan MBS World, hari ini.

Seramai 400 penerima dari 25 kawasan dalam tiga Dun di Parlimen Kuantan menerima baucar barangan kelengkapan sekolah pada majlis yang turut dihadiri Adun Teruntum, Sim Chon Siang dan Pengarah Urusan MBS World, Albert Leong.

Rabu lalu, Ketua Cabang PKR Paya Besar, Albakri Salim mengeluarkan kenyataan media meminta pimpinan parti menimbang semula lantikan Fuziah sebagai Pengerusi MPN Pahang kerana mendakwa pemilihan itu dibuat tanpa sokongan daripada Ketua Cabang PKR lain di negeri ini.

Artikel Berkaitan: