Penyatuan Pas-UMNO Kuala Krai kian terserlah

Suzaini Adlina (empat dari kanan) bergambar bersama muslimat Pas Kawasan Krai pada Majlis Sambutan Hari Raya Dun Mengkebang hari ini.
Suzaini Adlina (empat dari kanan) bergambar bersama muslimat Pas Kawasan Krai pada Majlis Sambutan Hari Raya Dun Mengkebang hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Penyatuan Pas dan UMNO kian terserlah di Kuala Krai apabila pimpinan kedua-dua parti hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang hari ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai, Suzaini Adlina Sukeri menyifatkan pertemuan julung kali selepas penyatuan diumumkan baru-baru ini adalah detik permulaan hubungan erat kedua-dua parti.

"Kami menyambut baik jemputan Pas DUN Mengkebang yang menjemput pimpinan UMNO Bahagian Kuala Krai ke majlis hari ini.

"Kami tidak teragak-agak lagi untuk berada pada satu majlis bersama pemimpin dan penyokong Pas apabila pucuk pimpinan juga mampu duduk bersama pimpinan parti itu," katanya yang hadir bersama pimpinan UMNO Bahagian ke majlis tersebut.

Suzaini Adlina berkata, rakyat akar umbi juga menerima baik penyatuan ini yang disifatkan dapat menyatukan masyarakat Kuala Krai selepas ini.

"Dahulu, rakyat mahupun pemimpin peringkat bahagian tidak berani berada pada satu majlis seperti hari ini, seakan ada satu jurang antara kedua-dua parti

"Tetapi kini semuanya berubah, terima kasih Pas Kawasan Kuala Krai atas jemputan dan layanan mesra," luahnya gembira dengan hubungan baik kedua-dua parti itu.

Artikel Berkaitan: