Hanya anggota pentadbiran sudah isytihar harta

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenyataan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa semua ahli Parlimen sudah mengisytiharkan harta hanya merujuk kepada anggota pentadbiran kerajaan.

GIACC dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak semua ahli Parlimen kerajaan merupakan anggota pentadbiran.

"Setakat ini, semua ahli Parlimen kerajaan yang dilantik sebagai anggota pentadbiran telah selesai membuat pengisytiharan harta.

"Anggota pentadbiran yang dimaksudkan adalah merujuk kepada menteri, timbalan menteri, aetiausaha Parlimen atau setiausaha politik sahaja," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua Ahli Parlimen kerajaan sudah isytihar harta: Abu Kassim

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di Parlimen mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan: