Pas-UMNO tidak akan berebut kerusi PRU

Abdul Rahman (dua dari kanan) beramah mesra bersama bekas waklil rakyat yang hadir pada majlis berkenaan.
Abdul Rahman (dua dari kanan) beramah mesra bersama bekas waklil rakyat yang hadir pada majlis berkenaan.
A
A
A

ALOR SETAR - Pas-UMNO yakin tiada perebutan kerusi akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan pembahagian kerusi antara dua parti berkenaan.

Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah, Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman berkata, ini kerana situasi politik pada ketika ini bukan lagi seperti dahulu.

Katanya, walaupun terlalu awal untuk berbincang mengenai kerusi berkenaan, namun beliau yakin ia hanya perkara kecil yang pasti tidak akan menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua parti.

Abdul Rahman berkata, Pas juga dilihat memberi komitmen yang sangat tinggi demi perpaduan ummah yang terjalin antara kedua-dua parti ketika ini.

"Ini mungkin disebabkan Pas mempunyai pengalaman sebelum ini ketika berkerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Dulu mereka masuk Pakatan Rakyat bersama DAP, tetapi mereka nampak tiada keikhlasan dalam pakatan tersebut, jadi sekarang mereka pilih UMNO," katanya.

Abdul Rahman (duduk, tengah) bergambar bersama ahli Mubarak yang hadir pada majlis berkenaan.
Abdul Rahman (duduk, tengah) bergambar bersama ahli Mubarak yang hadir pada majlis berkenaan.

Menurutnya, perpaduan ummah ini juga merupakan satu penyelesaian terbaik dalam kancah politik ketika ini.

"Bila orang Melayu bersatu tidak bermakna hanya berjuang untuk orang Melayu dan Islam sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Macam dulu-dulu juga bila Melayu bersatu kaum-kaum lain dapat faedah bukannya disisihkan dan ini yang kita lakukan sejak 60 tahun yang lalu," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman secara peribadi turut menekankan bahawa usaha untuk mengharamkan parti UMNO tidak akan menjamin kestabilan politik negara.

"Daripada usaha untuk mengharamkan UMNO lebih baik bubar Parlimen dan adakan PRU, biar rakyat sekali lagi pilih kerajaan mereka barulah politik akan stabil.

"Dengan apa yang saya perhatikan sekarang, apa yang dilakukan PH pasti akan menjadi buah mulut dan ketidakpuasan rakyat termasuklah dari segi ekonomi dan isu peralihan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.