Wujud gerakan guling Tun M sebagai PM?

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa ketika ini sudah wujud gerakan awal untuk mengulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerusi Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau sudah dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab golongan kecewa yang tidak dapat jawatan dalam pentadbiran Putrajaya.

Rentetan itu katanya, golongan ini dakwanya sedang berusaha untuk menjatuhkan Dr mahathir selaku Perdana Menteri.

"Mereka ini 'pot tin' kosong yang pandai bercakap tapi tak boleh bekerja!," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membalas kritikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Johari Abdul terhadap pentadbiran Dr Mahathir ketika ini.

Johari dipetik berkata, Perdana Menteri ketika ini seperti tiada hala tuju dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa,melainkan hanya menghabiskan masa ke luar negara selepas PH memenangi PRU14 lalu.

Dalam kenyataannya semalam, Johari turut menggesa Dr Mahathir agar berhenti bermain isu Najib sebagai pencuri sedangkan bekas Perdana Menteri itu sudah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah pihak berkuasa menentukannya.

“Dr. Mahathir hanya mengulangi ucapan yang sama bahawa Najib mencuri. Cukuplah, dia pun sudah ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan.

Artikel Berkaitan:

“Cakaplah sesuatu yang lebih positif, tetapi (malangnya) tiada. Rakyat tertanya-tanya apa seterusnya. Rakyat pastinya mahu sesuatu yang progresif tetapi tidak nampak hala tuju yang jelas,” katanya, di Alor Setar semalam.

Mengulas lanjut perihal ini, Khairuddin berkata pada hakikatnya Dr Mahathir bukan buat sesuatu keputusan sendiri untuk bertindak ke atas sesuatu isu.

"Segalanya melalui sistem musyuawarah untuk buat keputusan secara kolektif.

"Janganlah suka buat andaian yang tidak berasas, jangan sama sekali buat tuduhan melulu, niat dan motif mereka sudah pun diketahui, Dr Mahathir ke luar negara bekerja bukan beliau makan angin," katanya.