Buruh kasar dijel tujuh tahun, lima sebat

Tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum atas kesalahan melakukan rompakan menggunakan parang ke atas seorang pembantu kedai runcit.
Tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum atas kesalahan melakukan rompakan menggunakan parang ke atas seorang pembantu kedai runcit.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh kasar dihukum penjara tujuh tahun dan lima sebatan di mahkamah sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang pembantu kedai runcit guna pisau pemotong daging.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Erie Azuan Yasin, 30, mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Beliau turut mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 23 September 2018.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak wang tunai RM200 milik Rohani Jusoh, 43, dengan menggunakan pisau pemotong daging berukuran 29 sentimeter.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat.

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan kerana masih menanggung keluarga dan menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain daripada mengulangi jenayah sama.

Artikel Berkaitan: