Medan Selera Seksyen 15 beroperasi tahun ini

Medan selera sementara yang dibina bagI menempatkan peniaga bagi naik taraf. Gambar kecil, Shahrin.
Medan selera sementara yang dibina bagI menempatkan peniaga bagi naik taraf. Gambar kecil, Shahrin.
A
A
A

SHAH ALAM - Medan Selera Seksyen 15 yang baharu dijangka beroperasi tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, naik taraf medan selera itu bertujuan memberikan keselesaan dan kemudahan pengunjung serta peniaga.

"Ia selari dengan hasrat MBSA untuk menaik taraf dan meningkatkan imej gerai di kawasan ini yang telah lama wujud. Bagaimanapun, beberapa perkara perlu di ambil tindakan dan diselesaikan sebelum gerai ini dibenarkan beroperasi.

"Antaranya permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi meter individu di setiap gerai," katanya.

Shahrin menjelaskan, MBSA sedang berusaha supaya peniaga boleh memulakan operasi di gerai baharu yang dijangka dibuka tahun ini juga. Sebelum itu, beberapa peniaga yang dipindahkan ke kawasan perniagaan sementara sejak empat tahun lalu merungut pelanggan mereka tidak selesa dengan tapak perniagaan sementara itu.

Halangan di pintu masuk medan baharu dicadangkan dibuka bagi membolehkan bahagian parkir digunakan orang awam yang mahu menjamu selera di medan selera sementara yang terletak bersebelahan.
Halangan di pintu masuk medan baharu dicadangkan dibuka bagi membolehkan bahagian parkir digunakan orang awam yang mahu menjamu selera di medan selera sementara yang terletak bersebelahan.

Mereka dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Medan Selera Seksyen 15 di tapak asal.

Peniaga, Abd Rahman Jonid, 65 berkata, MBSA mendakwa peniaga dimaklumkan boleh berpindah selepas pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian kami dikatakan dibenarkan pindah selepas Hari Raya (Aidilfitri) tapi sehingga kini masih belum boleh berpindah," katanya.

Menurutnya, mereka menghadapi masalah termasuk tiada parkir dan tempias hujan.

Aprisal Nawar, 67 berkata, pendapatannya merosot selepas berpindah ke tapak sementara itu.

"Dahulu sehari boleh cecah sehingga RM1,200 tapi sekarang nak dapat RM800 pun susah walaupun kedai dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Sementara itu, pelanggan, Jamal Tumin, 44, mengakui sukar untuk mendapatkan parkir di medan selera itu khususnya pada waktu puncak.

"Saya jarang makan di sini dan cuba mengelak datang pada makan waktu tengah hari kerana sukar parkir. Saya harap medan selera baharu boleh beroperasi segera untuk keselesaan orang awam dan peniaga," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!