Zakat sedia tanggung kos perjalanan rawatan

Mohd Nazry (tengah) bergambar bersama Pegawai Zakat Baling, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin dan keluarga Nurul Qaisara.
Mohd Nazry (tengah) bergambar bersama Pegawai Zakat Baling, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin dan keluarga Nurul Qaisara.
A
A
A

BALING - Pejabat Zakat daerah ini bersetuju untuk menangung kos perjalanan sebuah keluarga yang perlu mendapatkan rawatan anak mereka yang menghidap masalah jantung.

Setiausaha Pertubuhan Penduduk Baling (Perkeba), Mohd Nazry Md Bidin berkata, pihaknya telah membawa pihak zakat bagi menziarahi adik Nurul Qaisara Mohd Saiful Nizam.

Mohd Nazry berkata, bapa kepada pesakit tidak mampu untuk membawa anaknya ke Institut Jantung Negara (IJN).

"Bapa kanak-kanak berkenaan hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Keadaan ini menjadi sukar kerana kos untuk mendapatkan rawatan di IJN agak tinggi termasuk kos perjalanan," katanya selepas menziarahi kanak-kanak berkenaan di Kampung Mengkuang Tengah semalam.

Tambah Mohd Nazry, beliau sangat berterima kasih kepada pihak zakat kerana prihatin dan mengambil serius berhubung kes ini.

"Kita harapkan adik Nurul Qaisara sembuh seperti biasa dan dapat membesar dengan baik serta sihat," katanya.

Artikel Berkaitan: