Pemain Malaysia diharap lebur rekod Chong Wei

LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei harap akan ada pemain Malaysia yang mampu melebur rekodnya selaku pemain yang menghuni tangga nombor satu dunia paling lama.
Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu mendapat pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya, apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking nombor satu dunia selama 348 minggu, atau enam tahun dan lapan bulan.
Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 kejuaraan individu.
"Terima kasih The Brandlaureate Book of World Records. Anugerah ini sangat bermakna terhadap saya. Saya amat berharap pemain yang bakal pecah rekod saya ini nanti pun anak Malaysia, yang lagi ‘terrer’ (hebat), lagi mantap, mungkin lagi ‘handsome’,” katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tiket F1 di Sepang serendah RM200 untuk pemegang MyKad
14 Ogos 2026 12:27amJojo Ghazali terima darjah kebesaran Ahli Bintang Sarawak
13 Ogos 2026 10:17pmAfiq Fazail dinobat MVP Anugerah Liga Malaysia 2025/2026
12 Ogos 2026 11:37pmBekas pemain bola sepak kebangsaan Dzulkifli Ali meninggal dunia
12 Ogos 2026 09:31pmMayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - Polis
15 Ogos 2026 07:14amTragedi awal pagi, tiga sekeluarga maut
15 Ogos 2026 09:20am- Iklan -- Iklan -
