Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Seorang pekerja swasta maut bertembung kereta di Simpang Kampung Parit Selangor, semalam.
Seorang pekerja swasta maut bertembung kereta di Simpang Kampung Parit Selangor, semalam.
A
A
A

PONTIAN - Seorang pekerja swasta maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di KM52.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat dekat Simpang Kampung Parit Selangor, di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, Muhammad Ammyerul Fahmie Ripin, 26 beralamat di Taman Pontian Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta Honda City dari arah tepi jalan sebelah kiri berhenti sebelum membuat pusingan U menuju ke arah Pontian.

"Kereta terbabit telah bertembung dengan motorsikal ditunggang mangsa yang menuju ke Johor Bahru.

"Akibat daripada perlanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan meninggal di tempat kejadian.

"Pemandu kereta berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Sek.41(1) APJ 1987

Artikel Berkaitan: