Persiapan kempen Tahun Melawat Malaysia capai 60 peratus

Muhamaddin (kiri) dan Ekkarat hadir pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Thailand- Malaysia di sini.
Muhamaddin (kiri) dan Ekkarat hadir pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Thailand- Malaysia di sini.
A
A
A

NARATHIWAT - [DIKEMASKINI] Persiapan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 telah mencapai lebih 60 peratus.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, peratusan itu termasuklah pendekatan promosi yang dijalankan di luar negara.

"Boleh dikatakan persiapan telah mencecah 60 peratus dan saya fikir kita ada buat banyak hubungan dengan India, Arab Saudi, China dan Thailand serta banyak lagi negara," katanya.

Menurutnya, bagi merancakkan lagi promosi kempen tersebut, kementerian akan melancarkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 bulan depan.

"Logo akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan hadapan," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Thailand-Malaysia di sini, malam tadi.

Turut hadir Gabenor Narathiwat, Thailand Ekkarat Lessen.

Beliau berkata, sektor pelancongan Malaysia adalah sangat cerah.

"Kita akan memastikan setiap pelancong yang datang akan dapat merasai pengalaman dan kepelbagaian budaya di negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis makan malam di sebuah hotel di sini, Muhamaddin berkata, kementerian menjangkakan peningkatan pelancong sehingga 30 juta orang yang menyumbang kepada RM100 bilion.

Malaysia akan mengekalkan tema Malaysia Truly Asia yang digunakan sejak 2014.