Gadis mati diserang tiga jerung

Jordan Lindsey meninggal dunia selepas diserang tiga ekor jerung semasa menyelam di pantai Bahamas.
Jordan Lindsey meninggal dunia selepas diserang tiga ekor jerung semasa menyelam di pantai Bahamas.
A
A
A

NASSAU - Seorang pelajar universiti dari Amerika Syarikat maut diserang tiga ekor jerung semasa sedang bercuti di Bahamas semalam.

Insiden malang menimpa Jordan Lindsey itu berlaku berhampiran pulau Rose ketika dia sedang menyelam bersama ahli keluarganya yang lain.

Wanita berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, kaki serta punggung dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Agensi

Artikel Berkaitan: