Kami masih hidu bau macam minyak, kata nelayan Sungai Kim Kim

Mohun Moen dakwa bau yang dihidu sama seperti ketika insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim Mac lalu.
Mohun Moen dakwa bau yang dihidu sama seperti ketika insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim Mac lalu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Nelayan di Kampung Orang Asli Teluk Kabong mendakwa kerap menghidu bau seperti minyak di muara Sungai Kim Kim selepas insiden pencemaran kimia, Mac lalu.

Mereka mendakwa bau itu sama seperti yang dihidu pada insiden tersebut dan dipercayai sisanya masih ada.

Ketua nelayan kampung ini, Mohun Moen, 32, berkata muara sungai itu terletak berhampiran dengan kampungnya.

"Sampai hari ini kami hidu bau yang sama masa pencemaran Mac lepas cuma bau sebelum ini lagi kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Kim Kim selamat, bebas pencemaran

"Baunya macam minyak, air sungai juga sudah bertukar keruh dan bau semakin kuat apabila air surut. Kami tahu bau itu bahaya jadi kami risau," katanya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Teluk Kabong, hari ini.

Katanya lagi, rata-rata penduduk yang mencari nafkah sebagai nelayan tidak lagi dapat menjala di sekitar muara Sungai Kim Kim.

Artikel Berkaitan:

Moen Tarewang
Moen Tarewang

"Dulu ikan, udang memang banyak di sini tapi makin lama makin pupus. Sejak pencemaran Mac itu kami terus elak sungai ini.

"Kami terpaksa ke Sungai Kong Kong, Sungai Santi, Sungai Papan atau Tanjung Surat untuk cari ikan. Jauh sedikitlah," katanya.

Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Teluk Kabong, Moen Tarewang berharap isu tersebut segera ditangani sebelum keadaan semakin serius.

"Air pun sudah tukar warna kelabu, berbau macam mana ikan nak hidup? Udang pun dah tak ada sekarang.

"Saya harap isu sungai tercemar ini dapat selesaikan segera. Sungai pun dekat sangat dengan kampung, bimbang akan beri kesan pada kesihatan orang kampung," katanya.