Beri Latheefa peluang kemudi SPRM : Abu Kassim

Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim menyampaikan hujah pada Bicara Minda yang diadakan di Dewan Karangkraf. - FOTO: ROSLI TALIB
Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim menyampaikan hujah pada Bicara Minda yang diadakan di Dewan Karangkraf. - FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed meminta semua pihak memberi peluang kepada Latheefa Koya mengemudi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, tidak adil jika Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu itu dikritik hanya kerana asal usulnya daripada parti politik PKR.

Abu Kassim sebaliknya menyarankan semua pihak menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi kepercayaan kepada Latheefa bersandarkan kepada ketegasan, sikap berkecuali dan 'fear or favour' yang dipegangnya.

"Lantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRMmengikut kaedah sedia ada, memang perlu libatkan Parlimen tapi garis panduan itu belum sempurna prosesnya. Datuk Seri Mohd Shukri Abdull maklumkan kepada Dr Mahathir, kerjanya sudah selesai, jadi Perdana Menteri lantik Latheefa guna proses sedia ada.

"Bagi peluang kepada Latheefa, kerana berdasarkan pengalaman walaupun orang itu datangnya dari agensi yang baik tapi tingkah lakunya cukup menakutkan, melindungi pelaku rasuah.

"Walaupun Latheefa dianggap penyokong kuat politik tapi tak semestinya beliau jadi alat kepada politik. Bagi beliau peluang, kita perhatikan gerak kerjanya," katanya pada program Bicara Minda, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: