KKM nafi bayi cedera dalam kemalangan ambulans

MELAKA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan bayi lelaki berusia 48 hari turut mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah ambulans milik Hospital Melaka di Lebuh Ayer Keroh pada 25 Jun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rushidi Ramly berkata, hanya pegawai perubatan sahaja yang mengalami kecederaan dan keadaannya stabil, manakala dua lagi mangsa kemalangan telah dirawat sebagai pesakit luar.
Menurutnya, tiada kecederaan didapati berlaku kepada bayi berkenaan seperti yang ditularkan di dalam media sosial. Orang ramai dipohon tidak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kejadian ini.
"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kesal dengan kejadian malang ini. Mangsa yang telah dikenal pasti terlibat dalam kemalangan ini terdiri daripada seorang pemandu ambulans, pegawai perubatan, jururawat terlatih dan bayi berusia 48 hari.