Nahas helikopter: Jenazah Kapten Zainol Afiq tiba di Masjid Bandar Baru Senawang

Jenazah Kapten Zainol Afiq tiba di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban pada Ahad.
Jenazah Kapten Zainol Afiq tiba di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak tiba di Masjid Bandar Baru Senawang di sini pada Ahad.

Jenazah bapa kepada dua anak itu tiba di masjid terbabit kira-kira jam 4.30 petang dengan diiringi polis.

ARTIKLE BERKAITAN: Jenazah Dr Ainul Baraah selamat dikebumikan

Solat jenazah kemudian dilaksanakan selepas solat Asar dan disertai lebih 500 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan orang ramai yang menunggu sejak tengah hari.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Lebih 500 jemaah hadir untuk solat jenazah Allahyarham Zainol Afiq.
Lebih 500 jemaah hadir untuk solat jenazah Allahyarham Zainol Afiq.

Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Senawang di Forest Heights untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA dan dilapor tiba 2.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Dalam nahas pada Selasa lalu itu, semua lima individu yang menaiki helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace maut selepas pesawat itu terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang jam 3.40 petang.

Selain Zainol Afiq, 30, turut terkorban Dr Ainul Baraah,33; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!