Raja Permaisuri Agong berangkat ke pameran 'Art With Heart' 2019

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menyaksikan pameran seni ‘Art With Heart 2019’ oleh Kumpulan Perbankan RHB di Bangsar Shopping Centre, di sini hari ini.

Baginda diiringi anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pameran edisi ketiga itu yang bertemakan ‘Diversity and Inclusivity’ menampilkan lebih 100 karya seni daripada 27 pelukis.

Ia berlangsung selama seminggu dari 24 Jun hingga Ahad ini dan dibuka kepada orang awam bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pameran itu turut menampilkan tiga karya seni yang dilukis khas oleh Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. - Bernama

Artikel Berkaitan: