Minat pengeluar kereta asing sertai Pameran Motor Tokyo berkurangan

Pameran Motor Tokyo 2019
Pameran Motor Tokyo 2019
A
A
A

TOKYO - Minat di kalangan pengeluar kereta asing menyertai Pameran Motor Tokyo semakin berkurangan disebabkan kos yang tinggi, lapor Jiji Press.

Buat pertama kali dalam tempoh sedekad, pengeluar kereta Audi AG dan BMW AG dari Jerman tidak akan menyertai pameran tahun ini.

Pengeluar kereta Volvo dari Sweden juga dilaporkan tidak menyertai pameran kali ini.

Sementara, pengeluar Porsche AG dari Jerman merancang mengadakan pamerannya sendiri.

Mercedes-Benz pula akan menyertai pameran tahun ini untuk menampilkan teknologi baharunya.

Tahun Fiskal 2018 yang berakhir pada Mac menunjukkan jumlah kenderaan asing dijual di Jepun mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 9.2 peratus, tidak termasuk kenderaan mini dengan anjakan enjin berkapasiti sehingga 660 cc.

Kebanyakan pengeluar kereta asing sedang meneliti semula strategi pasaran mereka di Jepun, memandangkan China kini muncul sebagai pasaran kereta terbesar di dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: