Nelayan dikhuatiri lemas

SAR diaktifkan sejak petang semalam untuk mengesan nelayan yang hilang.
SAR diaktifkan sejak petang semalam untuk mengesan nelayan yang hilang.
A
A
A

BACHOK - Seorang nelayan dikhuatiri lemas berikutan penemuan bot miliknya kira-kira 14.9 batu nautika dari Pantai Kemasin pagi semalam.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancar sejurus menerima aduan penduduk.

Katanya, Muhammad Afandi Mohamed, 29, berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok dikatakan keluar memukat ikan jam 4 pagi semalam.

"Hanya botnya ditemui jam 9 pagi semalam dan orang yang menemui bot tersebut memaklumkan kepada keluarganya.

"Keluarga nelayan terbabit kemudiannya membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, APMM mengaktifkan SAR jam 6.50 petang semalam yang turut disertai Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan sukarelawan nelayan setempat.

Artikel Berkaitan: