'Mummy minta saya ingat sedikit kebaikannya'

- Foto Instagram Nabila Huda
- Foto Instagram Nabila Huda
A
A
A

PELAKON berbakat besar, Nabila Huda mengakui dihubungi terlebih dahulu oleh ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih mesra di sapa dengan panggila Nourish beberapa hari sebelum Erma menghubungi dan mengajaknya ke rumah bapanya Amy Search.

Cerita Nabila, 34, Nourish menghantar mesej dan membuat penerangan panjang lebar mengenai persengkataan mereka yang sudah berlanjutan untuk tahun keempat.

"Dia explain panjang dan minta maaf, mummy juga minta saya kenang sedikit kebaikannya tapi saya ambil keputusan tidak membalas mesej tersebut, lebih-lebih lagi tengah bekerja.

"Kemudian saya ada terfikir juga kenapa saya perlu sama seperti orang lain yang hanya nampak keburukan dan kejahatan, tapi masih ada kebaikan yang mummy buat pada saya.

- Foto Instagram Nabila Huda
- Foto Instagram Nabila Huda

"Walaupun apa yang pernah berlaku antara kami telah menyakitkan saya. Tapi saya fikir kenapa saya perlu sama seperti orang lain.

"Beberapa hari kemudian, mama Erma pun hubungi saya dan minta saya mengalah serta menemui papa di rumahnya.

"Mama juga beritahu ibu tiri saya benar-benar menyesali apa yang berlaku dan minta maaf.

Artikel Berkaitan:

"Memang dari dulu saya nak dengar mereka mohon maaf dan bila mummy dah mohon maaf, saya kira itu semua sudah berakhir," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, semalam.

Mengakui agak berat pada mulanya, namun Nabila akhir akur untuk menemui bapanya dan berharap tiada lagi persengketaan yang wujud antara mereka selepas ini.

*Berita selanjutnya dalam ruangan Hib Sinar di akhbar Sinar Harian, esok