Warga emas diserang buaya di Sungai Kuantan

Mangsa menerima rawatan selepas cedera digigit buaya ketika hendak membuang air besar di Sungai Kuantan.
Mangsa menerima rawatan selepas cedera digigit buaya ketika hendak membuang air besar di Sungai Kuantan.
A
A
A

PEKANBARU - Seorang warga emas nyaris menjadi santapan Sang Bedal dalam serangan buaya di wilayah Riau, Indonesia.

Lapor media tempatan, ia merupakan serangan kedua di wilayah sama dalam tempoh seminggu.

Minggu lalu, seorang petani maut dan cebisan tubuhnya ditemukan dalam perut seekor buaya dalam kejadian yang menggemparkan penduduk Siak.

Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Maswir, 60, mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas digigit reptilia berkenaan ketika hendak membuang air besar di Sungai Kuantan.

"Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan). Mangsa turun ke tebing sungai untuk membuang air besar.

"Belum sempat mangsa 'melepas hajat' kakinya pula digigit buaya. Mujur mangsa dapat menyelamatkan diri.

"Dia dikejarkan ke hospital oleh penduduk yang mendengar jeritannya. Kecederaannya tidak mengancam nyawa," kata Ketua Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) Riau, Suharyono.

Tambah Suharyono, kawasan sekitar Sungai Kuantan merupakan habitat reptilia tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: