Polis siasat kes budak terperangkap dalam mesin dobi

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, sebagaimana tular di media sosial sejak dua hari lalu.
Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, sebagaimana tular di media sosial sejak dua hari lalu.
A
A
A

IPOH - Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, sebagaimana tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Dalam video berdurasi 7.12 minit itu, seorang kanak-kanak dirakam terperangkap hampir enam minit selepas pintu mesin basuh berkenaan gagal dibuka.

Kejadian berlaku di sebuah kedai dobi di Station 18, di sini pada Isnin lalu sekitar jam 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, setakat ini, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun pihaknya telah menghantar anggota ke lokasi untuk siasatan.

"Siasatan ke atas kejadian yang dirakam CCTV itu akan dijalankan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil," katanya.

Dalam pada itu, pengurus kedai dobi yang mahu dikenali Ah Kin, 48, berkata, dia hanya mengetahui insiden itu sebaik menerima panggilan daripada pelanggan.

Katanya, ketika kejadian, tiada kakitangan berada di premis itu, namun sebaik pihaknya sampai ke lokasi, didapati kedai berkenaan telah kosong.

Artikel Berkaitan:

"Hanya setelah saya meneliti rakaman CCTV, barulah saya tahu kejadian sebenar, setakat ini hanya sebuah mesin basuh yang mengalami kerosakan," katanya.

Ah Kin berkata, setakat ini pihaknya belum membuat laporan polis, namun akan melakukan demikian dalam masa terdekat.

Katanya, sejak dua tahun beroperasi, ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

"Anggaran kerosakan masih belum dikenal pasti, kita akan panggil juruteknik untuk buat pemeriksaan terlebih dahulu," katanya.